Tuesday, February 04, 2014

Side effect selepas menderma darah

I thought I'm going to die... or faint. It was a scary situation.

Semalam kami masih bercuti. So ingatkan lepas hantar Tisya ke sekolah petang, nak jalan-jalan berdua. Tapi sebelum tu, kami ke Pusat Darah Negara dulu. Hubby nak buat blood donation. I pulak macam takde rasa nak menderma sebab kecewa kot. Sepanjang tahun lepas I tak layak menderma gara-gara hemoglobin rendah. Tapi semalam, cubalah isi borang dan bagi dia check hemoglobin. Sekali layak la pulak! Buku tertinggal kat rumah. I diberikan kad sementara untuk derma pada hari tu.

Semuanya nampak ok. Cukup tidur, cukup makan. Proses menderma pun berjalan lancar. Hubby kat kerusi sebelah I je. So riang ria snap gambar masing-masing. Dah siap, kena rehat kat kerusi dalam 10 minit sebelum bangun. Lepas 10 minit, nurse datang untuk tampal hansaplast kat tangan. Masa tu baru I perasan darah masih keluar. Pelik juga sebab selalunya darah dah beku. So nurse pesan agar jangan buat kerja berat guna tangan tu.

Menu pada hari tu agak banyak la juga. Milo panas, nasi goreng, popiah goreng, kuih ape ntah (tapi hubby tau nama tu) dan limau mandarin. Dapat pengetip kuku, special gift untuk hari tu. Limau mandarin benda yang I makan paling akhir. Masa tu dah rasa semacam. Tekak loya. Ajak hubby balik dan I terus berjalan laju ke toilet. Selamat muntah. Tak tahu la berapa lama I kat dalam toilet. Kepala tiba-tiba rasa sejuk. Muka pucat. Dah la takde orang kat dalam toilet tu. Kalau jadi apa-apa, takde sape yang tahu. Cepat-cepat I keluar dan pegang tangan hubby. Belum sampai kat kereta, dah terduduk kat depan tangga tu. Tak boleh jadi ni. Rasa nak je masuk dalam balik tapi entah la, sudahnya masuk ke kereta.

Dah takde mood nak jalan-jalan tapi ajak hubby ke Jusco sebab nak Baskin Robbins. Sepanjang jalan, I baring dalam kereta. Takde la rasa teruk mana pun. I thought I was okay. Betul ni. Sampai Jusco, naik tangga.. jalan sikit... lepas tu berhenti kat satu sudut. Kepala dah semacam. Rasa sejuk macam kat PDN tu. Lama juga. Hubby ajak duduk kat kerusi berdekatan tapi serious I rasa I tak mampu nak jalan sampai ke situ. Orang yang lalu lalang pun pandang I semacam. Akhirnya I cuba jalan kat kerusi tu. Dapat duduk situ dan hubby ke toilet sebentar. Kalau nak diikutkan, I nak ikut dia ke toilet sebab rasa nak termuntah lagi tapi memang rasa tak mampu nak jalan jauh.

Kat kerusi tu, ada sorang kakak duduk sebelah I. I pejamkan mata sebab tak tahan. Kepala tiba-tiba rasa sejuk. I dengar kakak tu tanya, "Adik nak balm ke?" tapi I tak mampu nak jawab. Mungkin dia nampak I terduduk kat sudut tu tadi. Mana hubby ni? Lambat betul dia. Lepas tu I rasa ada orang duduk kat belah lagi satu. I try buka mata tapi rasa kabur. Oh my... nak pengsan ke nie? I was scared to hell. Orang yang baru duduk tu tanya I. Adik datang dengan siapa nie? Then, kakak tadi cakap kat orang tu yang I ada datang dengan someone tapi orang tu dah takde. Rupanya dia mak kakak tu.

Rasa nak muntah. I cuba bersuara dan tanya samada kakak tu ada plastik. I nampak dia beli banyak barang. Belum sempat dia keluarkan barang dari plastik, mak dia dah hulurkan plastik. I terus termuntah. Kakak tu dan mak dia urut belakang dengan leher I. I tak berani nak keluarkan muka dari dalam plastik sebab terasa nak muntah lagi.

Then, I heard a voice. It was my hubby. Huwaaa.... terus rasa selamat. Kalau nak pengsan sekarang pun, I tak kesah dah. Sempat ucapkan terima kasih kat kakak dan mak dia. Lama juga I duduk kat kerusi tu. Nak balik rumah, memang tak la sebab Tisya habis sekolah pukul 6 petang. So duduk kat situ kejap. Bila dah rasa okay sikit, baru berjalan ke Baskin Robbins.

Ni kali pertama I dapat side effect selepas menderma darah. Kalau tengok rekod, ni kali ke-11 I menderma. So kenapa kali ni I boleh rasa teruk sampai macam tu? I pun tak tau. According to one research, only four blood donors out of nearly 5,000 studied had side effects classified as severe. These four donors experienced reactions including vomiting, losing consciousness temporarily due to low oxygen levels to the brain and brief muscle spasms. 

Sebijik macam I kena semalam. Hari ni pun badan masih rasa lemah. Tapi nak buat macam mana, kerja tetap kerja :)

Thursday, January 30, 2014

Happy Chinese New Year

Fuh, "berhabuk" dah blog nie. Sorry la sangat. Tak sempat nak update apa-apa minggu ni. Maklumlah, nak CNY. Jadi kami semua sangat sibuk nak siapkan kerja. Big boss nak cuti panjang. Hari ni I still bekerja eventhough dia dah cuti tapi setengah hari je la.

Setengah hari pun takde maknanya sebab kena tunggu Tisya balik dari sekolah dan hubby balik dari kerja petang nie. Cuti panjang sempena CNY dan Hari Wilayah pun tiada maknanya. Duduk rumah saja sejak Tisya sekolah hari Isnin nanti. Belum apa-apa I dah rasa bosan.

Malam tadi I sampai komplen. "Eiii..cuti panjang ni takde nak buat apa-apa ke?". Hubby pulak jawab, "Ada, kita rehat kat rumah"

T_T

To all my Chinese friends, I wanna wish you "Gong Xi Fa Cai" and Happy Chinese New Year.


Friday, January 24, 2014

Cuaca sejuk dan nyaman

Jam 2 petang.


Itu dia, 28 darjah celcius. Nak kata mendung, tidak pun.

Sekarang kecoh salji turun di beberapa negara jiran. Malah, tiba-tiba video salji di Indonesia tu menjadi popular pulak sekarang. Sedangkan video tu dimuat naik pada August tahun lepas. Apa-apa pun, ia tetap menjadi fenomena luar biasa.

Menurut Jabatan Meteorologi  negara, cuaca sedikit sejuk ini terjadi apabila angin kencang bertiup dari China. Sekarang ni, China sedang mengalami musim sejuk. Malah, kekurangan awan juga menyumbang kepada cuaca yang kita alami sekarang nie.

Boleh baca di sini untuk keterangan lanjut : Cooler days ahead in Malaysia.

I memang sukakan cuaca sebegini. Tak la berpeluh sangat bila buat kerja luar. Udara pun nyaman je.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.